Tuesday 24 September 2013

CIRI-CIRI FLORA DAN FAUNA

FLORA DAN FAUNA YANG TERDAPAT DI MALAYSIA

Tumbuh-tumbuhan di Malaysia boleh dibahagikan kepada:
a.Hutan Khatulistiwa
b.Hutan Paya
c.Hutan Pantai
d.Hutan Gunung



  1. HUTAN KHATULISTIWA

    Hutan hujan tropika adalah jenis hutan yang paling luas di Malaysia, iaitu meliputi kira-kira 60% daripada kawasan di Semenanjung Malaysia, dan kira-kira 75 % di Sabah dan Sarawak. Hutan ini biasanya terdapat di kawasan yang tingginya tidak melebihi 1000 meter.


    HUTAN KHATULISTIWA@ HUTAN HUJAN TROPIKA


    Kepentingan Hutan Hujan Tropika

    1.Sumber kayu keras untuk kegiatan pembalakan seperti cengal, merbau, meranti, seraya dan keruing.   
    2. Sumber hasil hutan seperti damar, rotan dan herba.
    3.Habitat dan perlindungan kepada hidupan liar dan pelbagai jenis tumbuhan.
    4.Menggalakkan kegiatan pelancongan dan rekreasi seperti di Taman Negara Pahang, Lembah Belum dan lain-lain.
    5.Kawasan tadahan hujan.
    6.Menyejukkan dan menyamankan udara. Menyerap karbon dioksida dan menghasilkan oksigen

    Hidupan Liar di Hutan Hujan Tropika
    Lapisan renjung terdapat kelawar,burung enggang,rama-rama dan lebah.
    Lapisan tengah terdapat kera, tupai terbang,burung,musang, orang utan dan lotong.
    Lapisan lantai hutan terdapat gajah,harimau,ular,biawak, pelanduk rusa dan seladang
    BURUNG ENGGANG

    ORANG UTAN

    SELADANG


                                                                             LOTONG

    HUTAN PAYA
    Hutan paya dapat dibahagikan kepada 2 iaitu:
    1.Hutan paya air tawar
    2.Hutan paya air masin (paya bakau)

    Hutan Paya Air Tawar
    LANDSKAP PAYA AIR TAWAR
    Ciri-ciri
    1.Terdapat di kawasan pedalaman yang bersaliran buruk, bertanih gambut dan bertakung air
    2.Pokok yang tumbuh biasanya tinggi

    Jenis-jenis Tumbuhan
    Pokok palma, gelam, nipah, kempas, keladi air, mengkuang.
    MENGKUANG
    KELADI AIR

    GELAM


    Terdapat kawasan paya yang ditebus guna menjadi kawasan pertanian seperti:
    - Tanaman padi (Dataran Kedah dan Delta Kelantan)
    - Tanaman nenas (Barat Johor) dan Tanaman kelapa sawit dan padi ( Barat daya Johor)

    Kawasan
    Sekitar Dataran Johor (Johor)
    Sekitar Tasik Chini dan Tasik Bera (Pahang)
    Kawasan Delta Rajang (Sarawak) Kawasan Sabak Bernam (Selangor)

    Keluasan
    Hutan ini meliputi 8% daripada kawasan hutan negara kita

    Hidupan Air
    Ikan, udang galah, ular, biawak, katak

    Hutan Paya Bakau 

    PAYA BAKAU


    Ciri-ciri Utama
    Terdapat di kawasan pinggir pantai laut yang berlumpur ,terlindung daripada pukulan ombak dan sering mengalami air pasang dan surut.
    Mempunyai akar didalam lumpur untuk membantu proses pernafasan dan menyokong pokok daripada tumbang.

    Jenis Tumbuhan
    Pokok Bakau, Gedabu, Perepat, Api-api, Berus atau Tumu, Berembang
    BEREMBANG
    GEDABU


    Kawasan
    Sekitar muara Sungai Perak Dan Sungai Bernam
    Kawasan Pinggir laut Johor, Pahang dan Melaka
    Sekitar muara Sungai Rajang dan Sungai Baram (Sarawak)
    Kawasan pinggir laut pantai barat Sarawak. Kawasan pantai timur Sabah

    Keluasan
    Hutan bakau meliputi 95% kawasan pinggir laut pantai barat Semenanjung

    Hidupan Air
    Ikan, ketam, kerang, udang, sotong. lokan dan siput

    Hutan Pantai
    LANDSKAP HUTAN PANTAI


    Kawasan

    Hutan pantai terdapat di kawasan berpasir seperti di:

    Pantai Cahaya Bulan (Kelantan)
    Pantai Tanjung Rhu (Pulau Langkawi)
    Pantai Desaru (Johor)
    Pantai Batu Feringgi (Pulau Pinang)
    Pantai Pulau Talang-talang (Sarawak)
    Pantai Pulau Sipadan (Sabah)
    PULAU SIPADAN


    Kepentingan hutan pantai
    1.Kayu daripada pokok ru biasanya digunakan untuk membuat perahu, kelong dan kayu api.
    2.Daun mengkuang digunakan untuk membuat tikar dan bakul.
    3.Kawasan rekreasi dan pelancongan

    Hidupan Liar
    Habitat utama bagi binatang kecil dan serangga.
    Kera,ular biawak tupai,burung dan serangga.

    Hutan Gunung

    LANDSKAP HUTAN GUNUNG
    Ciri-ciri Utama
    Hutan gunung terdapat di kawasan yang ketinggiannya melebihi 1 200 meter dari aras laut
    Tumbuh dengan subur di kawasan tanah laterit.
    Pokok-pokok semakin jarang apabila tanah semakin tinggi

    Jenis Tumbuhan (Flora)
    Jenis Tumbuhan di hutan gunung berbeza mengikut ketinggian :

    Ketinggian 1 200 - 1 800 meter (Terdapat hutan montane bawah atau dikenali juga hutan daun luruh (oak dan laurel), tumbuhan epifit (orkid, paku langsuyar)
    Ketinggian 1 800 - 2 900 meter (Terdapat hutan montane atas atau dikenali juga hutan poko tirus (pain, sprus, gelam gunung), epifit (liken, lumut), Rafflesia, periuk kera, pokok rhododendron)
    PERIUK KERA
    Ketinggian 2 900 - 3 500 meter (Tumbuhan hampir alpain iaitu pokok kerdil dan rumput, pokok renek konifer, rumput jenis Low's Buttercup, Bornean eyebright, red sanicle dan periuk kera)) Ketinggian melebihi 3 500 meter (pokok renek, paku-pakis, lumut)
    BORNEAN EYE BRIGHT


    Jenis Hidupan (Fauna)
    Jenis fauna yang hidup di hutan gunung berbeza-beza juga mengikut ketinggian:
    Di hutan montane bawah : Terdapat harimau dahan, kucing batu, ungka, binturong, musang, katak, burung dan serangga).
    Di hutan montane atas : Terdapat beruang, ferretbadger, tikus, burung dan serangga)
    FERRET BADGER


    Kawasan
    Gunung Kinabalu (Sabah)
    Banjaran Crocker
    Banjaran Titiwangsa
    Pergunungan Iran
    Banjaran Tama Abu
    Banjaran Tahan, Bukit Fraser, Tanah Tinggi Cameron (Pahang) Gunung Jerai (Kedah)

apakah maksud flora dan fauna? ini dia >

Definisi Fauna

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, fauna bermaksud (Bio) seluruh binatang yang hidup di sesuatu daerah tertentu. Fauna juga lebih dikenali sebagai dunia haiwan. Fauna terbahagi kepada 2 iaitu di air dan di darat.


Kucing dan arnab adalah contoh fauna di darat.

Sotong dan ikan adalah contoh fauna di air.




Definisi Flora 


Dalam botani, flora mempunyai dua maksud. Maksud pertama merujuk kepada "semua tumbuhan yang hidup di dalam sesuatu kawasan atau zaman", khususnya tumbuhan yang asli. Maksud kedua merujuk kepada "buku atau karya" yang memerihalkan spesies tumbuhan yang terdapat di dalam sesuatu kawasan atau zaman bagi tujuan pengenalpastian. Sesetengah flora klasik dan moden disenaraikan di bawah.
Istilah "flora" berasal daripada bahasa Latin, Flora, yang merupakan dewi untuk bunga dalam mitologi Rom. Istilah padanan untuk haiwan ialah fauna. Flora, fauna dan bentuk hidupan lain seperti kulat dirujuk bersama sebagai biota. Semua flora dan fauna di dalam sesuatu kawasan dirujuk bersama sebagai biota.

Pengelasan Flora
Tumbuhan-tumbuhan dikelompokkan kepada flora, bergantung kepada kawasan, zaman, atau persekitaran yang khas. Kawasan boleh merupakan habitat yang berbeza dari segi geografi, umpamanya gunung berbanding tanah pamah. Flora boleh bermaksud tumbuhan untuk sesuatu zaman sejarah, umpamanya flora fosil. Akhirnya, flora juga boleh dibahagikan lagi mengikut persekitaran khas:
  • Flora asli: Flora asli sesuatu kawasan.
  • Flora pertanian dan kebun bunga: Tumbuhan yang ditumbuh dengan senjaga oleh manusia.
  • Flora rumpai: Secara tradisi, pengelasan ini digunakan untuk tumbuhan yang dianggap tidak diingini, dan dikaji untuk mengawal dan memusnahkannya. Pada hari ini, gelaran ini jarang digunakan sebagai pengelasan untuk tumbuhan disebabkan kumpulan ini merangkumi tiga jenis tumbuhan yang berbeza: spesies rumpai, spesies invasif (tidak semestinya merupakan rumpai), dan spesies (baik asli mahupun yang diperkenalkan) yang tidak diingini dari segi pertanian. Banyak tumbuhan asli yang dahulu dianggap sebagai rumpai kini telah didapati berfaedah malah diperlukan oleh pelbagai ekosistem.
Bakteria kekadang dimasukkan dalam kumpulan flora. Kekadang juga, istilah flora bakteria dan flora tumbuhan telah digunakan secara berasingan.

mari lihat sebahagian daripada flora dan fauna