Tumbuh-tumbuhan di Malaysia boleh dibahagikan kepada:
a.Hutan Khatulistiwa
b.Hutan Paya
c.Hutan Pantai
d.Hutan Gunung
- HUTAN KHATULISTIWAHutan hujan tropika adalah jenis hutan yang paling luas di Malaysia, iaitu meliputi kira-kira 60% daripada kawasan di Semenanjung Malaysia, dan kira-kira 75 % di Sabah dan Sarawak. Hutan ini biasanya terdapat di kawasan yang tingginya tidak melebihi 1000 meter.
HUTAN KHATULISTIWA@ HUTAN HUJAN TROPIKA Kepentingan Hutan Hujan Tropika1.Sumber kayu keras untuk kegiatan pembalakan seperti cengal, merbau, meranti, seraya dan keruing.2. Sumber hasil hutan seperti damar, rotan dan herba.3.Habitat dan perlindungan kepada hidupan liar dan pelbagai jenis tumbuhan.4.Menggalakkan kegiatan pelancongan dan rekreasi seperti di Taman Negara Pahang, Lembah Belum dan lain-lain.5.Kawasan tadahan hujan.6.Menyejukkan dan menyamankan udara. Menyerap karbon dioksida dan menghasilkan oksigenHidupan Liar di Hutan Hujan TropikaLapisan renjung terdapat kelawar,burung enggang,rama-rama dan lebah.Lapisan tengah terdapat kera, tupai terbang,burung,musang, orang utan dan lotong.
Lapisan lantai hutan terdapat gajah,harimau,ular,biawak, pelanduk rusa dan seladangBURUNG ENGGANG ORANG UTAN SELADANG
LOTONGHUTAN PAYAHutan paya dapat dibahagikan kepada 2 iaitu:1.Hutan paya air tawar2.Hutan paya air masin (paya bakau)Hutan Paya Air TawarLANDSKAP PAYA AIR TAWAR Ciri-ciri1.Terdapat di kawasan pedalaman yang bersaliran buruk, bertanih gambut dan bertakung air2.Pokok yang tumbuh biasanya tinggiJenis-jenis Tumbuhan
Pokok palma, gelam, nipah, kempas, keladi air, mengkuang.MENGKUANG Terdapat kawasan paya yang ditebus guna menjadi kawasan pertanian seperti:- Tanaman padi (Dataran Kedah dan Delta Kelantan)- Tanaman nenas (Barat Johor) dan Tanaman kelapa sawit dan padi ( Barat daya Johor)KawasanSekitar Dataran Johor (Johor)Sekitar Tasik Chini dan Tasik Bera (Pahang)Kawasan Delta Rajang (Sarawak) Kawasan Sabak Bernam (Selangor)KeluasanHutan ini meliputi 8% daripada kawasan hutan negara kitaHidupan AirIkan, udang galah, ular, biawak, katakHutan Paya BakauPAYA BAKAU Ciri-ciri UtamaTerdapat di kawasan pinggir pantai laut yang berlumpur ,terlindung daripada pukulan ombak dan sering mengalami air pasang dan surut.Mempunyai akar didalam lumpur untuk membantu proses pernafasan dan menyokong pokok daripada tumbang.Jenis TumbuhanKawasanSekitar muara Sungai Perak Dan Sungai BernamKawasan Pinggir laut Johor, Pahang dan MelakaSekitar muara Sungai Rajang dan Sungai Baram (Sarawak)Kawasan pinggir laut pantai barat Sarawak. Kawasan pantai timur SabahKeluasanHutan bakau meliputi 95% kawasan pinggir laut pantai barat SemenanjungHidupan AirHutan pantai terdapat di kawasan berpasir seperti di:Pantai Cahaya Bulan (Kelantan)Pantai Tanjung Rhu (Pulau Langkawi)Pantai Desaru (Johor)Pantai Batu Feringgi (Pulau Pinang)Pantai Pulau Talang-talang (Sarawak)Pantai Pulau Sipadan (Sabah)PULAU SIPADAN Kepentingan hutan pantai1.Kayu daripada pokok ru biasanya digunakan untuk membuat perahu, kelong dan kayu api.2.Daun mengkuang digunakan untuk membuat tikar dan bakul.3.Kawasan rekreasi dan pelanconganHidupan LiarHabitat utama bagi binatang kecil dan serangga.Kera,ular biawak tupai,burung dan serangga.
Hutan GunungLANDSKAP HUTAN GUNUNG Hutan gunung terdapat di kawasan yang ketinggiannya melebihi 1 200 meter dari aras lautTumbuh dengan subur di kawasan tanah laterit.Pokok-pokok semakin jarang apabila tanah semakin tinggiJenis Tumbuhan (Flora)Jenis Tumbuhan di hutan gunung berbeza mengikut ketinggian :Ketinggian 1 200 - 1 800 meter (Terdapat hutan montane bawah atau dikenali juga hutan daun luruh (oak dan laurel), tumbuhan epifit (orkid, paku langsuyar)Ketinggian 1 800 - 2 900 meter (Terdapat hutan montane atas atau dikenali juga hutan poko tirus (pain, sprus, gelam gunung), epifit (liken, lumut), Rafflesia, periuk kera, pokok rhododendron)PERIUK KERA Ketinggian 2 900 - 3 500 meter (Tumbuhan hampir alpain iaitu pokok kerdil dan rumput, pokok renek konifer, rumput jenis Low's Buttercup, Bornean eyebright, red sanicle dan periuk kera)) Ketinggian melebihi 3 500 meter (pokok renek, paku-pakis, lumut)BORNEAN EYE BRIGHT Jenis Hidupan (Fauna)Jenis fauna yang hidup di hutan gunung berbeza-beza juga mengikut ketinggian:Di hutan montane bawah : Terdapat harimau dahan, kucing batu, ungka, binturong, musang, katak, burung dan serangga).Di hutan montane atas : Terdapat beruang, ferretbadger, tikus, burung dan serangga)FERRET BADGER KawasanGunung Kinabalu (Sabah)Banjaran CrockerBanjaran TitiwangsaPergunungan IranBanjaran Tama AbuBanjaran Tahan, Bukit Fraser, Tanah Tinggi Cameron (Pahang) Gunung Jerai (Kedah)